August 19, 2007

Berakhirnya Sebuah Kisah /The end of Story (1)

Cerita ini ditujukan kepada kawan aku yang berada di U sekarang, yang ternyata merasai kebosanan melampau, and also for those who have been with me during this holiday. May Allah bless you all...

BERAKHIRNYA SEBUAH KISAH [part one]

11 Julai '07.

"Nasi lemak-Vico". Tak habis-habis phrase tuh aku hafal dalam kapal AirAsia. Nasi lemak (RM 6) + Vico (RM 4) = RM 10. Punyalah aku nak jimat duit, tapi rezeki tak baik, nasi lemak (Pak Nasser) habis. Apa bole buat, maggi Xtra-Delixious (RM 6) pun jadilah. Lapar sangat. Perjalanan ke Sabah makan masa lebih kurang 1 jam setengah. Sakit leher pula nak tidur dalam kapal, seat sempit. Bersengkang matalah aku.

Sampai dekat airport Kota Kinabalu (KK), aku pun pergi ke tempat tinggal (dijemput orang yang aku kenal) dekat Api-api centre. Time tu pun dah malam, so just ready for tomorrow.

Esoknya, kami pon mula meronda bandar KK (dengan kereta pinjam). Because tak berapa familiar dengan KK, kami pon cadang cari wayang dekat situ, since HP pun baru start showing kat M'sia. So, kitorang pun jumpalah GSC dekat KK, dan dengan surprise-nya, GSC dia adalah Dewan Serbaguna re-use. Nak / taknak, tengok jugalah. Habis tengok wayang, balik dan...gila bosan. Actually ada something happened to us that night, first time aku layan Karaoke and dua orang aweks yang kelam-kabut...

Api-api centre dekat dengan sebuah shopping kompleks, which can be called "Mid-Valley Sabah" - Centre Point (CP). Kat dlm CP ni, first three floor dia, adalah bagaikan berjalan dalam Pertama Complex. Atas sikit, baru boleh jumpa kedai branded dan Starbucks. Dekat dalam situ, ramai orang-orang pelik dan aneh kita boleh jumpa. Aku try cari orang utan, tapi kat Sepilok arr, bukan kat KK.

Esoknya, hujan. Segala plan terbantut, bangun dah lambat. Nak tunggu hujan reda, Plan: pegi wetworld. Lepas semayang jumaat (lepas makan), kami gerak mencari wetworld. Bukan main senang nak mencarinya guna peta, at last, time dah nak give up, kami jumpa signboard tunjuk direction masuk. We thought, wetworld tuh betul-betul wet, but just a hutan paya bakau in KK (and its almost empty).

For the remaining of the day, kami just take on the road, jalan sepanjang pantai, viewing the scenery. Nothing special, we just wait until sunday, sebab ada orang dah janji nak bawa kami pusing-pusing kaki gunung Kinabalu. Thus, on saturday, kami cuma duk rumah, layan astro...what a stupid day (except Die Hard malam tuh and bowling pagi).

Aku taktau nak kata apa, orang kata dah lama KK tak hujan, tp sepanjang kami datang KK, tiba-tiba dia hujan seminggu. Apa bala aku bawa pun tak tahu. So, on sunday morning, kami berangkat ke Ranau and Kundasang untuk view Mount Kinabalu. On the way to Ranau, hujan lebat datang, and kabus tebal pun wujud. Dah tak nampak apa. What the?? Memang malang sungguh nasib kami. Lama pula hujan tu. Kami just visit Poring, and taste some of the hot spring. Waktu tu, aku dah fikir, yang percutian aku memang disaster, serious disaster. Taik...

Pagi keesokan harinya, kami pon cuba mencari tempat untuk photo shoot dekat KK, and we just found the place: Tanjung Aru dan Museum Sabah. Ada banyak jugalah benda aku pelajari pasal Sabah dan sejarah silamnya. Petangnya, aku pun sempatlah melakukan shopping sedikit dekat pasar Filipino sebelum berangkat pulang ke Semenanjung malam itu. Sempat jugalah aku beli souvenier, dengan perasaan hampa...mutiara...

Maka, berakhirlah percutian aku yang ntah apa-apa di  Sabah selama seminggu. Ada jugalah pengalaman manis kat sana, walaupun tak berapa kuat. At least, dapat juga aku merasa cuti-cuti M'sia, which is actually, the begining of my holiday...

INFO: I DON'T THINK OF USING FRIENDSTER BLOG ANYMORE. FOR MORE PARTS COMING SOON, IT WILL BE ON http://eternalsession.wordpress.com/

                            

July 10, 2007

night before leaving

Ini ditulis seblom aku gi sabah esok. doakan aku selamat di sana. kepada member2 yang kirim awek tuh, insyAllah aku try cari. Hehehe.

Blog ni ditulis atas permintaan ramai (walaupon seorang). ini berkisar pada minggu lepas, aku jalan2 ke sunway pyramid. dari stesen setia jaya, aku jalan kaki. jejantas dkt stesen itu pon bila agaknya nak siap. bila tiba dekat lorong antara Bali dgn Apartment baru sebelah, aku teringat kisah lawak.

Abang2 Besar baru jer balik dari mana entah. Datang lah kegilaan abang besar Al, nak panjat tembok tepi longkang (lebar 3 kaki, dalam 6 kaki). Dengan kuasa tuhan, dari dia mengelak terjatuh ke dalam longkang, dia lompat ke atas jalan. Nampak selamat, tetapi entah bagaimana dia boleh lompat balik masuk dalam longkang (??). Untuk menyelamatkan diri dia dari terus jatuh ke dalam longkan busuk itu, dia membuat satu "worst action scenario" yang tak pernah terlintas dalam kepala orang lain. Susah nak di jelaskan, serius memang susah. Pada masa itu, memang sudah dikenal pasti, antara kami, memang ada yang dah nak mati tergelak. Kalaulah ditakdirkan ada budak perempuan lalu...

begitulah kisahnya pengalaman aku. bila nampak kelibat ridz condo, huh, lagilah kembali rasa rindu. wrestling atas lantai, fesyen show, surprise party (mmg wajib), bbq, macam2 lagi. itupon tak pergi taylors lagi: akak kiosk, cafe mahal, surau (port baik) n etc. wargh, bila korang nak balik nie? bila nak pergi makan longkang weih???

sekian...dah malas nak tulis...maybe balik sabah nnt aku cerita benda yang menarik.

May 14, 2007

Pengalaman Bodoww

5 May 2007.

Pukul 11 pagi. aku dah lepas pagar, last call babai ngan member (Harun, Baim, Jeme, Mumin, Jeme, Qayyum, Ahmad). time harun jerit "tuh kawan saya, nama dia annas, dia nak balik", aku cepat2 lari, wat dono. time nak check-in tuh, biasa arr, kastam US, memang cam siot arr, nak kener tanggal kasut, kluar laptop, tanggal jaket. haih. ni lawak, time aku bukak kasut, ahahaha. kluar lah haruman2 nyaman di hidung, aku wat dek jer. padan muka korang, terimalah bom gas beracun made from Canada. tp nasib aku baik lepas tuh, sbb aku dapat auntie sorang ni yang jaga tempat cop2 passport. dia baik gila, tanya soklan yang aku jawab pon tak rasa kekok (seblom2 ni nak jawab pon susah, nak kena serious jer, hampeh americans). bila dah lepas tuh, aku cek boarding pass aku, mana gate nak masuk ni? takda tulis pon. tp ada akak kat kounter td kata gate 5. aku pon tunggu arr, tp bukan gate 5, gate 2. mana satu ni? aku dah rasa pelik, tp lepas tuh diorang betulkan balik, gate 5. owh.

kat dalam plane (Northwest airlines), aku nyer seat nun jauh di belakang, dekat ngan enjin (dkt ngan toilet). apa leh wat. lepas tuh datang plak satu famili ni, mak sorang, anak 2 orang, nenek sorang. maka seat aku yang agak jauh sedikit dari enjin terpaksa tukar dekat ngan enjin (seat yang mmg last takleh nak sandar belakang lagi) sbb takkan nak bg nenek tuh dekat ngan enjin, pekak telinga dia nanti. bekorbanlah sikit untuk nenek tuh.

perjalanan aku ni banyak transit: Ottawa-Detroit-Newark-Stockholm-KL (final destination). Time dlm flight aku takleh nak tido, sbb dekat sngt ngan enjin, bising. apa bole buat.

Bila arrive kat Detroit, aku try cari gate seterusnya. check kat screen besar tuh dulu (byk gila connceting flight kat airpot tu, just like it was built for transition), so aku pon marching arr ke next gate. lama gila berjalan, mana teminal A concourse ni? Besar gila aiport Detroit. last2 nmpak gak, kener turun eskelator yang ada almost quarter of tangga batu caves (aku sendri tak pernah naik tangga tuh). because of the two terminal is separated by a very wide road for airplane, the tunnel underneath was so wide ang long. lepas tuh ada lampu2 menarik serta bunyi2 nature hutan. kreatif arr. aku jalan arr sepanjang tunnel tuh, sorang2. dah abis tuh, aku naik lagi skali eskelator tinggi, dan fuhlamak. aku terpegun. disebabkan terminal tuh panjang gila, ada sebuah tren cam LRT kat dalam terminal tuh yang digunakan untuk menghubung hujung terminal ngan hujung satu lagi. aku tak naik arr, aku jalan, tuh pon panjang gak. airport ni mmg international, sbb bahasa utama dia adalah english, japan, chinese, ermm apa lagi aku tak ingat. announcement dia kira lama arr, sbb bnyk sgt bahse nak sebut. aku sampai kat gate A20, duk situ 2 jam 1/2. main laptop, dan gerak.

kali ni seat aku bukan kat hujung lagi, tp tengah2. aku tak dapat duk tepi tingkap, sbb ada awek amik seat tuh. kata orang duk tengah2 best sbb dapat tgk Cabin Attendant (CA) yang cun2. sapa kata??? ni apa? gemok2 kulit hitam dia bagi haa. cun2 ko kata?? tuh semua hanya didapati di MAS sahaja (serta JAL). huh. 1/2 hour flight, takleh nak tido lagi. adeyh. time nak landing, minah kat sebelah aku ni duk jengok luar jer, apa agaknya yang best. WOWH. The big apple (aka New York). aku nampak kelibat Empire State Building, ngan 2-3 bangunan yang selalu aku nampak kat TV. sayang siot, kalo aku transit satu hari, sure aku turun situ. dan awek tuh taknak turun kan kepala langsung sampai abis landing. bodo.

Kat Newark airport, aku lapar gila. nwa tak bg makanan langsung, air jer. ngok betol. aku cari McD, makan kat situ. aku ada 3 jam transit, leh buang masa sikit makan. ramai gila orang kat situ, macam2 jenis ada. ada famili hindu ni, bancuh susu anak dia pakai pinggan mangkuk besi (mana dia bawak ntah). aku ada gak nampak muka2 orang melayu kat situ. aku cek2 balik boarding pass aku, takda gate berlepas. habis makan, aku gerak ke screen besar. ada flight MAS time 1000 malam, gate 53. aku pon dah nak ready dah (lepas nampak CA MAS ramai2 nak masuk pintu), aku kener tahan, sbb boarding pass yang aku ada tu tak valid, kener dapatkan yang baru, adeyh. kalo aku tau camni, baik takyah gi makan tadi (perut mmg dah kenyang nak tekeluar dah ni). aku pon pergi lah mencari kaunter MAS, mana ni? lepas tuh tgk balik kaunter2 ni yang mmg bnyk gila orang, panjang line. owh, tulah kaunter MAS. nak kener beratur lagi, flight ada dlm satu jam lagi. aku doa kpd Allah, mudahkanlah urusan aku sepanjang perjalanan ni. tak lama lepas tuh, aku dapat boarding pass baru (yang ada cop Malaysia Airlines). aku pon pergi balik gate tadi. lalu kastam lagi skali, bukak kasut (ehehehe) dan etc. bila dah lepas tuh, tgk balik ada setengah jam lagi nak boarding. yeah. Alhamdulillah, sampai jugak aku kat tahap tu. skang aku kener alami flight yang paling memenatkan: 21 jam. kat gate tuh aku ada nampak ramai gak orang2 msia (serta awek2 student yang aku rasa dari US nak balik summer). ramai kat situ gak adalah orang sweden yang berenti kat Stockholm, diorang terus balik. so plane pon jadi separuh kosong.

time 930 malam aku boarding, and off to Arlanda airport  (ARL), Stockholm. time plane tgh naik tinggi, aku sempat nampak NY ngan lampu2nya (aku duk tepi tingkap). then the image fade away as the plane masuk altitude lagi tinggi. kat dalam flight tuh, akak CA (agak cun) tanya nak makan apa. aku time tuh mmg full lagi ngan burger fillet 2 ketul, large fries, large coke. aku cakap taknak makan, diorang sumer cam terkejut, tanya aku ok ker, ada rasa apa2 ker. aku kata im fine, just full of McD. so aku pon duk lah dlm plne tuh dlm 7 jam to ARL. smayang, tido, tgk tv, men game tetris, music, last2 sampai gak.

time kat Stockholm, diorang benarkan kita tinggalkan beg kita dlm plane. senang arr camtuh. time kat ARL, tgh tunggu kat situ, aku tgk cuaca kat luar cam tengahari. aku fikir balik, cam dah satu hari aku travel, sbb ingat balik kat ottawa pon aku take off time2 camtuh. aduhai, this is it, the moment where one day in my life gone just like that (kembalikan satu hari itu!!!!). dah abis lepak situ setengah jam, aku gerak lagi. flight yang sama, tp crew dia dah tukar. kat dalam tuh aku nampak muka2 CA lelaki yang mcm ada iras2 orang yang aku kenal. sorang nih cam muka cikgu math aku time MRSM, sorang muka cam Sharil Ridzuan Condo (wassup bebe!!!). lawak2. makan, tido, semayang, tido lagi, makan sarapan, alhamdulillah, sampai jugak aku kat msia. dah tak sabar nak landing dah ni.

7 May 2007.

pukul 630 pagi, seblom kluar plane, pilot ada kata temperature is 24 degree. eih, cam tak familiar jer angka tuh. senior2 yang balik dulu ada kata kener ready and kener tahan. bila kluar jer plane, aku dah rasa dah apa yang diorang kata. ahahaha. aku dah tak tahan dah time tuh. pakai jaket plak tuh. ish. lepas tuh plak kat KLIA kener naik tren untuk ke main building, dlm tuh jer dah peluh2 dah. "wowh" aku kata. time tuh tgh cakap tepon ngan mak aku. benda dah rimas. ahahaha. bila dah sampai main building, nak kener amik luggage. because of my luggage is from Ottawa, so it was among the last. aku gi berak dah abis pon tak sampai2 lagi beg. aduhai. lepas tuh gi beli tiket ERL. tme tuh aku bukak jaket. letak tepi. dah tak tahan. "apa ni, eksyen gila body aku", aku cakap kat diri sendri. time kat dlm ERl, aku nampak lagi sekali pokok2 kelapa sawit, pokok2 yang dah lama aku tak nampak, dan kereta Kancil. fuhh, sampai juga aku. Syukur gila2 pada Allah time tuh. bila sampai kat Sentral, mak ayah aku sangkut dlm jam. so kener tunggu kat situ lagi, cuaca kat situ panas gak, matahari baru nak naik, dan angin yang meniup2 plak suam. kalo kat Canada, walaupon matahari dia panas terik, angin dia leh tahan sejuk (sbb dia takda awan), ni angin dia pon sama jer panas ngan matahari. dah takda dah arun cam cuaca malaysia ko (bila matahri kluar sikit start arr dia "macam cuaca malaysia", tepi bukit, atas bukit, lepas hujan, semua ada. takda weih, mmg different, ko balik nnt ko tau. tak lama lepas tuh, aku nampak kereta wira yang biasa aku nampak. ehehe, "welcome home" aku kata kat diri sendiri.

April 07, 2007

Cerita seram dan sedih. (Bye2 sang jambu)

Cerita seram

Dah 2-3 hari aku tak boleh tidur dengan tenang. Setiap pukul 4 pagi aku terjaga. Ada benda datang kacau. kadang-kadang masuk telinga, kadang-kadang masuk hidung. Aku dah tak tahan. Bak kata orang, macam kena kacau hantu. Aku dah tak tahan. Dua benda tergantung kat tepi telinga aku memang merunsingkan. Pagi ni aku bangun, keputusan harus ada dalam tangan segera!.  The_last_shot_3

Aku jadi rungsing. Benda ni dah lama aku fikirkan. Aku rasa memang payah untuk dijelaskan. Aku fikir lagi sambil gosok gigi, sambil basuh muka, sambil membasahkan rambut. Aku duduk termenung, fikir sejauh dan sedalam yang mungkin. Kusut.

Aku melihat kembali wajahku dalam cermin. Heh, memang betul kata engkau. Manis wajah mu ya, tp aku sendiri rasa tidak. Akhirnya, datanglah keputusan yang paling "ultimate". Sesuatu harus dikorbankan, aku sendiri yang harus lakukannya.

Cerita sedih

Sahabat-sahabat sekalian, maafkanlah aku jika melakukan sesuatu yang agak menyedihkan kamu semua. Engkau tahu, betapa sabarnya aku mengalami pengalaman yang cukup getir ini. Aku memang dari dulu lagi telah fikirkan benda ini sedalam-dalam yang mungkin, dan banyak kali aku jumpa batas-batas yang menjadikan aku sabar. Semua demi kawan yang mengatakan aku sempurna degan wajah begitu, dan juga orang yang jauh di sana. Tiada lagi artis Hong Kong, tiada lagi Aladin, tiada lagi Jambu.

Mak, ayah, kakak-kakak dan kaum keluarga yang lain, minta maaf juga dari saya kerana tidak dapat melakukan apa yang dikehendaki. Saya tidak dapat membawa lagi beban ini. Saya harus tamatkan riwayatnya segera. Saya ada banyak lagi benda yang harus dilakukan, ini semua adalah untuk kebaikan saya juga.

Pagi April 7, 2007.

Di dalam kedai.

Penghancur: "So, what should we do with this?"

Aku (si rela): "make it short."

Penghancur: "How short?"

Aku: "Heh, real short."

Maka bermulah aksi korban, selama 20 minit aku duduk dengan sedikit pergerakan. "Bye-bye hair". Aku lihat "dia" jatuh, mendarat di atas lantai tanpa sebarang kesusahan. Berterusan. Di dalam cermin, aku sedang lihat wajah seorang lelaki yang sudah lama tidak ku temui. Perlahan-lahan dia muncul, membentuk kembali wajah riang itu. Heh, sudah lama kita tidak bertemu, aku kata kepada diriku.

Cuaca di luar kedai mendung sayu, seakan-akan tidak menyambut kepulangan jejaka ini. Apakan daya, alam pun turut bersedih. Aku turut bersimpati, tetapi gembira lebih menguasai diri ini.

Sesudah habis acara pengorbanan, aku keluar berjalan-jalan, mengambil udara segar yang sejuk itu. Aku tersenyum, memikirkan kembali hari-hari yang lepas. Hidup harus diteruskan. Aku masih aku, cuma yang dahulu muncul kembali.

Aku rasa lucu melihat reaksi orang ramai bila aku perkenalkan mereka dengan orang ini yang sudah lama tidak muncul. Mereka terpegun, kagum. Aku hanya sekadar tersenyum, memang berkesan aku fikir dalam hati aku. Di sini aku ingin reaksi dari kamu semua, bagaimana? Aku yakin yang telah lama mengenali aku tidak akan surprise, cuma terkilan sedikit. Apa-apa hal pun, terimalah dariku, wajah yang sudah lama tidak kita lihat.

New_guy_in_town_1

This is me then, just like few months ago.

Til then, have a nice day.

March 06, 2007

Roller Coaster Adventure Part 3

RUNTUHNYA EMPAYAR ABANG BESAR BAHAGIAN 5

Aku dah ketandusan idea. Hari demi hari, idea yang lain dari yang lain yang tidak sepatutnya digunakan dalam cerita ini hadir dalam minda aku apabila aku mengelamun dalam kelas.

Hari ini ia datang lagi. Aku nak guna idea ini. Cerita kreatif, tidak berapa kreatif jika ingin dibandingkan dengan karya-karya penulis agung. Semalam baru aku mencabut dua tiga idea ketika aku berada dalam kedai. A.R.Ff membeli bahan besi yang keras untuk karya agung dia. Idea lagi, kali ini lebih kreatif. Bagaimana ingin aku sambungkan cerita yang dimulakan dari seutas benang ini? Idea datang dan pergi, kali ini ia pergi tak kembali.

Pernah dua tiga minggu ini, pada masa lapang, aku duduk mencari cebisan-cebisan idea yang memang sukar untuk hadir dalam mimpi aku ini. Mimpi apa? Tentulah menyiapkan cerita roller coaster. Aku rasa, inilah satu-satunya jalan yang terbaik; tidak perlu aku menyambung benang yang putus, baik aku gunakan utas yang baru.

----------------------------------------------------------------------------------

"Kau tak nampak messy ke?" Huh? Messy engkau kata? Inilah karya agung!! Mana pernah orang buat cerita macam ini. Orang selalu nak jimat ruang, tapi kita lagi jimat masa. Tak perlu nak membetulkan semua untuk satu, kita boleh betulkan satu perkataan atau ayat sahaja untuk semua. Terpulang lah kepada sesiapa yang sudi untuk menyambung semua utas-utas benang ini untuk mencari punca kelemahan kita. Tetapi, inilah dia yang dinamakan agung!!

"Tapi memang hebat sebab kita tak perlu nak guna kayu-kayu yang panjang dan pendek untuk lengkapkan semua aturan jalan ini. Ada banyak juga kita punya loop jika dibandingkan dengan grup lain. Cuma tiang asas jer kita kener guna kayu. Dan paling menarik sekali, kita punya tapak asas, lembut. Bila-bila masa saja boleh tercabut." Itu tidak perlu engkau gentarkan, aku ada idea lagi baik. Asas yang tidak kukuh boleh kita kukuhkan kalau kita salut lagi dengan doa dan tawakkal. InshaAllah. Allah itu maha kaya dan pemurah. Tanpa dia, siapalah kita.

"Okey, so, bila nak belanja makan? Dah penat-penat kita semua bekerja. Macam?" Heh, tidak ingin aku lepaskan idea ulung ini, ingin aku bawanya ke mana-mana sahaja. Cerita aku gembira tidak terkata, penat lelah kita bersama. "Kita tangkap gambar dulu, lepas tuh kita gi makan Pizza Hut." Ya, gambar adalah satu-satunya bukti kekukuhan karya aku ini. Terima kasih F.Za. Engkaulah teman dikala aku susah menemui idea. Kawan-kawan, B.Di dan S.Lai, kamulah tenaga aku ketika aku dalam kepenatan. "Terima kasih" (Zul).

Nota pengarang (macam best jer bunyi):

Ada perubahan dalam cerita terutama kat awal2 citer, sebab aku memang dah takda idea nak sambung citer ni. ada pon idea untuk wat citer lain. so, there is a slight change of using the Strikethrough method.tapi tak apa, idea untuk final day memang aku ada, dan aku akan gunakan sebaik mungkin. POV dlm citer ini, ehehe, tak seperti apa aku tahu sbb aku mana leh baca mind orang. so aku hentam berdasarkan pengalaman aku sendiri. sekian. look forward to the adventure of dateen next time (aku idea fantasy merepek best untuk depa, serta Abang Al sekali).

February 06, 2007

Sentimental Correspondent (aku dah bosan)

Salams brothers and sisters. It seems that I am no longer able to coninue the story of big brother and the family because aku pon (cross languages) nak tulis blog aku yang takda kaitan ngan adventure lah. Furthermore, It seems that I am stranded in the desert of idea and desert of life too, that it seems my days are ordinary day as ordinary human being that cause me to feel ordinary boring and tiring pathetic life. Don't care about my feeling now people, I am okay. Just playing around with words. Hihihi.

I can't wait til may, I can't wait til may. I don't care if my studies goes down or what. I don't care if PET warning me again for second time, but I do care if my scholarship is ban. Again people, don't take it seriously about my feeling.

I've been talking to my family these days. Thay use word that its hard to menahan sebak di dada, walaupon aku takda dada mantap. They, well, miss me alot, keep remembering me, just like I'm already (not going to say the word). Owh, people, I can't wait til may. My birthday is on may, come and celebrate.

Will I able to meet you in may? Will u take the chance of your life to meet me? Yes people, I'm going to proceed to the next stage of my life, big leap, I hope. I'm getting old. My family, they will not be the same people I knew for 20 years. My nephew, my nieces, they'll grow up, will I still in shape? how about my parents? Will they be there on the day of my marriage? This is all in the hand of Allah, only Him who decide those things in our life. Yeah, I wanna be with you!!!

Today, an idea came to me, after bro remind me again of the story. Maybe I should put this next time, but, hah, its funny lol.

Suatu ketika dahulu, sebelum semua family Abang Besar nak berpisah, ada buat jamuan makan-makan di di Piramid. Beginilah kisahnya apabila sudah siap berhias, Panglima Agung kacak bergaya, A.R.Ff namanya, turun beserta kaum kerabat yang lain untuk mengahadiri jamuan tersebut. Namun, pada ketika dia mencecah tanah yang tidak sebarapa lembut itu, kelibat seorang alim ulama menegurnya dari tepi, "Assalamualaikum". Orang alim itu janggutnya panjang, matanya tajam di sebalik kaca mata yang bertenggek kukuh atas batang hidungnya. A.R.Ff berhenti sejenak, menyambut kembali dengan sekali lafaz, "Walaikumsalam". Dengan tidak mahu panjang lebar lagi, orang alim itu bertanya, "Mahu ke mana?". Kelibat peluh memercik keluar setitik dari dahi A.R.Ff. Kemudian ia menari turun dan menitis atas lantai. Sebaliknya, Orang alim itu tidak berniat menghalang, tetapi lebih dari itu, dia menjemput untuk bersama-sama ke Masjid, beribadat lebih masa dengan tetamu jemputan dari luar negara. A.R.Ff yang sudah bermandi peluh tadi, akhirnya dapat mencari kembali nafas-nafas ketenangan yang sekaligus berupaya mengeringkan peluh-peluh yang giat berlari di dahinya. Begitulah al-kisahnya yang terjadi kepada A.R.Ff, dalam pada menyambut malam penuh memori, Allah bawa lagi memori yang mungkin, mungkin, mungkin tidak dapat dilupakan sehingga akhir hayat kami. Sekian

That's all folk. Keep listening to Jazz. It is a sweet nice melody...

January 30, 2007

Interlude to the adventure

INTERLUDE TO THE ADVENTURE PART 2

1.

Baru dapat permainan baru. Permainan yang boleh menyemburkan sinaran merah tepat pada sasaran. A.R.Ff seronok. Setiap pelosok ruang realiti dan maya dia sinari dengan cahaya merah itu.

Datang idea bernas.

Mencapai langsir, menolaknya ke tepi, menghulur kepala di luar jendela, disasarnya ke bawah, tepat atas jalanraya.

B.Di pelik, lampu merah datang dari mana? Al toleh ke atas, Him mendongak, aku kabut.

Pekikan kuat, memaksa A.R.Ff henti bersoronok, tergelak. Dia tidak sedar.

Muncul lembaga-lembaga di setiap jendela dan pintu. Aku masih tersenyum, tidak menyedari. B.Di dan Al dan Him pun tersenyum, memikirkan perkara lawak: lembaga-lembaga ingat kami bergaduh!!!

Hahahaha....

2.

Him masih memicit butang telefon bimbit. Aku terkesima, terliur.

Him perasan, dia menghulur. Aku menyambut, tanpa toleh kiri kanan.

Him masih memicit butang telefon bimbit. Aku, gembira tak terkira.

Aku menghulur kembali. Him tidak menyambut, sekadar menoleh, matanya masih di skrin telefon bimbit.

Aku tersenyum, Him melihat dengan sepenuh hati. Tangannya sudah habis memicit.

Him terkesima; maggi lesap, tinggal kuah!!!

Hampeh...

3.

"Dilarang bermain gitar dalam Islam, haram. Benda-benda yang berunsurkan petikan tali adalah haram. Ingat" (A.Z.Mn, Cafe Taylors)

Minggu hadapan A.Z.Mn enak mendendangkan lagu Metallica dengan gitar baru kepada kami.

Huh...

4.

Siapakah gerangan yang sentiasa memesan memakan maggi tidak sihat dan tidak membantu dalam pembinaan otak?

Aku.

Sekian...

Reference:

1. arepp tangah gila meng"laser" lampu. Abis semua orang kluar ingat ada orang gaduh bila jerit kuat2. 2. ini kisah klasik ngan baim. 3. ini gila lawak, jeme. 4. itu sekadar peringatan.

January 19, 2007

Roller Coaster Adventure Part 2

RUNTUHNYA EMPAYAR ABANG BESAR BAHAGIAN 4

ni adalah karya terpendek sekali aku buat. thanks to my bro arepp giving me idea from his monologue blog.

A.Rf masuk dari pintu depan. Di kirinya dapur yang bersambung dengan kawasan membasuh. Di hadapannya wujud seorang hamba Allah yang sedang berhibur dengan gitar.

[aku ada rancangan tapi nak persetujuan dengan yang lain. si malas depan ni...].

Makhluk Allah yang sedang berhibur itu mendongak, melepasinya A.Rf yang sedang berhenti di hadapan pintu masuk kamar beradu. Makhluk Allah bernama A.Z.Mn itu tunduk seketika melihat lantai yang berhabuk.

[bila dateline? kalo aku suarakan pendapat aku mesti ramai taknak. tapi..]

Mata A.Rf dan A.Z.Mn bertembung. Gerak mata mereka menunjukkan persetujuan bersama.

Malam itu, mereka berkumpul bersama-sama dengan ahli lain: F.R.Sa dan A.Sh.

kita tempah jer lah. tak perlu makan masa kita semua.

berapa?

seorang bayar 90RM. tak apa aku aturkan semua. korang sabar jer. nanti bila dah hampir siap aku panggil kamu semua.

okay.

Pada malam sebelum pertunjukan A.Rf sibuk bagai nak gila. Semua berpuas hati pada hasilnya.

Esok hari penentuan, hari pertunjukan.

End of Part 2.

*For reference: dlm braket tu deep thought. nghe2. aku tak pasti jeme ada gitar time tu ker tak.

January 12, 2007

Interlude to the adventure

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia.

Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali.

Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.

Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima".

Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi.

Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu? bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum?

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.

Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.

Tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadi hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ?taik gajah? besar betul..nak2 bila gajah makan durian.

From my sister. Good stuff

January 05, 2007

Roller Coaster Adventure Part 1

Runtuhnya Empayar Abang Besar: Bahagian 3

Pada hakikatnya kami semua sudah terlampau penat menuntut ilmu, didatangi pula beban yang paling hebat pernah kami alami ketika di Madrasah Telor: mendirikan taman tema Roller Coaster. Tugasan ini bukanlah mainan, tetapi suatu yang harus dilaksanakan untuk menentukan tempat melayakkan diri melajutkan ilmu.

Suatu petang di Kem Mamak, ketika aku sedang duduk menikmati hidangan yang tidak seberapa, aku dikejutkan dengan berita ini. Walaupun aku mengetahuinya sebelum ini, tetapi tidak sangka begitu cepat masa berlalu. Dengan serta-merta sesi pemilihan kumpulan dijalankan. Dikendalikan oleh saudara Zl.Fqa, aku tiada pilihan lain: Kumpulan A.R.Ff, M.Min, I.B.Him (ini disebabkan saudara Zl tidak agih2, dia pilih dia punyer jer)**. Dan bagi Abg. Besar Al, dia pun tiada pilihan lain, kumpulan yang majoritinya wanita. Maka inilah hasil keputusannya:

  • Kumpulan Panggilan Pulau: aku, A.R.Ff, M.Min, I.B.Him
  • Kumpulan Galactic Ride: A.Z.Mn, A.Rf, F.Risa, A.Sh
  • Kumpulan Shin Kan Sen: Zl.Fqa, F.Za, S.Lai, B.Di
  • Kumpulan Sky Loop: Al, Z.Yan, A.Nil, Ak.Ml

Pengagihan kumpulan ini boleh dikatakan agak menyerong sedikit, tetapi inilah hakikatnya. Ketidak adilan datangnya dari kumpulan Galactic Ride akibat gabungan A.Rf dan Drunken Maester, A.Z.Mn. Kerana taraf kemalasan dan intelektual mereka tinggi, mereka boleh mencapai apa sahaja kemahuan mereka, walaupun tidak beraksi sepenuhnya.

Maka, dari saat itu, bermulalah sebuah kisah pengembaraan, percintaan (??) dan penghayatan (!!??)...

1.

"Oh Kay, first kita kena cari pulau. Ingat, kos tak lebih dari 3 juta, sebab plus semua benda nanti jadi 5 million. So, spent wisely." Suasana meja makan kami jadi serius kerana penjelasan A.R.Ff sangat tegas. 5 juta, tak lebih, tak kurang. A.R.Ff juga inginkan pulau yang amat strategik terutama di luar kawasan Aktif Tektonik, demi mengelakkan bencana seperti gempa bumi dan tsunami. Pagi ini, seorang pakar Geologi, Dr. Farah memberi cadangan mencari di sekitar Carribean kerana kawasan itu memang tarikan pelancong terutama dari Amerika Utara. Katanya lagi, beliau sanggup membantu kami untuk peringkat akhir pembinaan Roller Coaster.

"Errm, kawasan ni memang sesuai, sangat sesuai. Bagai merpati dua sejoli, tapi tak sebulu." I.B.Him berada di atas pasir putih pantai Carribean. Dia sangat gemar berpuisi dan bergurau senda. Bagi kami, kehadiran dia dalam team kami amat di hargai. "Walaupun aku takleh sumbang apa-apa idea dalam pebinaan ni, aku boleh sumbang masa aku demi kamu semua, walaupun anak bini aku kelaparan di rumah". Mendengar ayat itu dari mulut dia bagaikan rahmat. Baru pagi ini dia kembali dari rumah mentuanya, dia sudah sedia meneruskan kerja walaupun masa itu terhad. "Tak apa, sistem KGB aku akan menyelamatkan rumah tangga aku, korang jangan risau lah".

"Weih, malam ni aku ikut kau sekali order barang tu semua. Jangan lupa call aku dulu. Kenapa aku nak ikut? Sebab nanti kau beli tak cukup. Aku ni akan mencukupkan apa tak cukup". Nasib baik ada M.Min dalam grup aku. Boleh dikatakan wingman A.R.Ff, sebab itulah dia ada dalam grup kami. Tenaga kerjanya amat penting. Ketekunan dia dalam menentukan rupa Roller Coaster kami di angkat tinggi. Mana-mana bahagian yang tidak betul atau tidak tepat mengikut kiraan dia baiki. "Jangan lupa call tau". Baiklah tuan.

"Esok kita jumpa lagi kat sini, waktu yang sama. Kita kena start cepat sebab grup lain dah start. Design hari tu kita tak boleh pakai lagi, so kita kena wat design baru. Maybe kita letak lagi 3 vertical loop dan 2 corkscrew. Tengoklah macam mana". Masa amat kritikal bagi A.R.Ff. Dia tak ingin siapkan benda ini bila masa makin suntuk. Jadi, bila ada masa sahaja dia akan ke sini untuk meneruskan pembinaan. Pekerja-pekerja lain amat respek dengan dia kerana dia berjaya menurunkan berat badan ketika bekerja. Dalam pada bekerja juga, dia juga ingin meneruskan kisah cintanya bersama wanita tersayang. Dia tak ingin hubungan terputus kerana bekerja, maka dia tidak putus-putus mengutus surat dari tempat kerja**.

Semalam aku mendapat panggilan dari pulau. Terdapat beberapa kesulitan yang bakal kami hadapi minggu hadapan memandangkan minggu cuti. A.R.Ff terpakasa balik ke rumah bonda dan M.MIn juga terpaksa kembali ke pangkuan keluarga tercinta. Kerana rumah Him dekat dengan rumah aku, maka aku terpaksa mengambil dia dalam perjalanan ke pulau. Kami berdua terpaksa menyiapkan Roller Coaster tersebut sementara A.R.Ff dan M.Min berlakon berbuat baik depan ibu-bapa mereka**.

"Weih, aku pun turun sekali. Tunggu aku datang". Suara Al berkumandang di telefon Him. Perhimpunan Abg Besar di pulau. Kemalasan melanda diri kami petang itu. Roller Coaster yang boleh disiapkan terpaksa ditangguhkan. Kami jadi gila berpesta di pulau. Hanya dua ketika sahaja kami berhenti untuk menunaikan solat meminta pertolongan menyiapkan projek itu. Lagu System berkumandang di setiap ceruk pulau. Monyet-monyet* turut menari bersama. Memang havoc. Kami semua pulang pada malam itu dengan penyesalan di hati tidak berjaya menyiapkan Roller Coaster.

Di sebalik kemurungan kerja yang bertimbun, kami bertambah murung dan bersetuju menukar semula bentuk Roller Coaster. "Ah, ini memakan masa", bentak hatiku. Tetapi memandangkan usaha A.R.Ff dan yang lain-lain, aku terpasksa berusaha bersama-sama mereka. Di sini aku ingat kembali bagaimana kami memasang cerucuk ke dalam simen rel Roller Coaster dan mendirikan tiang sehingg memusnahkan bedrock pulau ketika hari pertama pembinaan. Lagi seminggu sahaja dateline projek berkakhir, kami menggunakan setiap masa dan tenaga yang ada. Kumpulan lain sudah siap, kumpulan kami juga sudah sampai peringkat terkakhir. Pada hari terakhir, Dr. Farah bersama-sama binatang peliharaannya turut sama mendekorasi Roller Coaster tersebut. Itulah satu-satunya hari dalam hidup aku di mana aku tidak tidur sepanjang hari beserta rakan-rakan yang lain.

Esok adalah hari penentuan, hari pertunjukan.

End of Part 1.

*Ahli tambahan 13A03, u know what I mean...

**Maaflah kalau menyinggung, aku memain jer weih!!!